欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Tuntut AS Hentikan Serangan Siber

(CRI)Rabu 07 September 2022

Tindakan Amerika Syarikat (AS) yang melancarkan serangan siber terhadap China telah menjejaskan keselamatan negara dan keselamatan maklumat peribadi rakyat China. China mengutuk keras tindakan itu, menuntut pihak AS memberikan penjelasan dengan segera dan menghentikan segera tindakan haramnya.

Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning berkata demikian ketika mengulas tentang serangan siber AS terhadap China.

Pusat Respons Kecemasan Virus Komputer Negara China (NCVERC) dan syarikat 360 masing-masing mengeluarkan laporan siasatan mengenai serangan siber yang dilakukan oleh Agensi Keselamkatan Negara (NSA) AS terhadap Universiti Politeknik Barat Laut (NPU) China baru-baru ini.

Menurut laporan tersebut, Pejabat Operasi Akses Khas (TAO) di bawah NSA telah melancarkan lebih 10 ribu kali serangan siber terhadap sasaran di China.

Mao berkata, keselamatan siber adalah masalah yang dihadapi bersama pelbagai negara. Sebagai negara yang mempunyai teknologi siber paling kuat di dunia, AS patut menghentikan segera penggodaman dan serangan terhadap negara lain, mengambil sikap bertanggungjawab untuk menyertai tadbir urus ruang Internet sejagat dan memainkan peranan membina untuk memelihara keselamatan siber.

Gaya Hidup