欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Sidang Biro Politik Jawatankuasa PKC Bincang Tiga Dokumen Penting

(CRI)Sabtu 10 September 2022

Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengadakan sidang yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping hari ini.

Sidang kali ini mendengar laporan berhubung keadaan meminta pendapat dalam lingkungan tertentu dalam dan luar PKC tentang laporan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pusat ke-19 PKC kepada Kongres Kebangsaan ke-20 PKC, laporan keadaan meminta pendapat dalam PKC tentang rang pindaan Piagam PKC, dan laporan keadaan meminta pendapat tentang laporan kerja Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Pusat ke-19 kepada Kongres Kebangsaan ke-20 PKC.

Setelah dipinda menurut cadangan yang dibincangkan dalam sidang kali ini, tiga dokumen itu akan diserahkan ke sidang pleno ke-7 Jawatankusa Pusat ke-19 PKC untuk dibahaskan.

Menurut keputusan perbincangan sidang kali ini, Kongres Kebangsaan ke-20 PKC merupakan persidangan penting bagi rakyat pelbagai etnik di seluruh negara ini melangkah ke perjalanan baharu dalam membina negara sosialis moden, dan mencapai matlamat perjuangan seratus tahun kedua.

Persidangan kali membawa makna penting untuk menggalakkan semua anggota parti dan rakyat pelbagai etnik mempertahankan dan membangunkan sosialis bercirikan China, membina negara sosialis moden dan mewujudkan kebangkitan nusa dan bangsa China.

Gaya Hidup