欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Utus Kawat Tahniah kepada Ekspo China- Eurasia Ke-7

(CRI)Rabu 21 September 2022

Presiden China, Xi Jinping telah menghantar kawat tahniah kepada Ekspo China-Eurasia ke-7 yang dirasmikan di Urumqi, wilayah Xinjiang pagi tadi.

Menurut Xi, benua Eurasia penuh dengan daya dinamik dan potensi pembangunan di samping merupakan rantau penting dalam kerjasama antarabangsa dan pembinaan bersama dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, hasil yang memberangsangkan dapat disaksikan di wilayah Xinjiang yang mempunyai lokasi strategik serasi dengan pembinaan kawasan teras jalur ekonomi BRI, dan dilihat kondusif bagi mempergiat kesalinghubungan, kerjasama saling menguntungkan dan pembangunan bersama China dengan negara-negara rantau Eurasia.

Xi menegaskan bahawa China bersedia bersama-sama dengan negara-negara yang terbabit untuk terus menyemarakkan semangat BRI yang menekankan kerjasama secara damai, terbuka, inklusif, saling belajar dan sama menang, meneruskan pembangunan yang berspesifikasi tinggi, mampan, revelan dengan kehidupan rakyat, serta menerokai bidang baharu dan meningkatkan taraf dalam kerjasama Eurasia sehingga mewujudkan kemakmuran dalam pembangunan bersama.

Ekspo China-Eurasia ke-7 yang dijangka akan berlangsung pada 19 hingga 22 September ini dianjurkan bersama Kementerian Perdagangan China, Kementerian Luar China, Dewan Promosi Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT) dan kerajaan wilayah Xinjiang.

Tema utama ekspo kali ini ialah “rundingan bersama, membina bersama, berkongsi bersama dan bekerjasama demi masa depan”.  

Gaya Hidup