欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

"Kami akan Datang Lagi Tahun Depan": Pempamer CAEXPO

(CRI)Khamis 22 September 2022

Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-19 dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) selama empat hari berakhir di Nanning, wilayah Guangxi pada Isnin.

Sempena CAEXPO tahun ini, sebanyak lebih 40 sesi promosi pelaburan diadakan dengan penglibatan 1,653 syarikat. Di samping itu, sebanyak lebih 2,000 syarikat mengambil bahagian dalam CAEXPO secara maya.

Pada masa sama, sebanyak 267 projek kerjasama ditandatangani, melibatkan jumlah pelaburan sebanyak RMB413 bilion (RM268 bilion), menyaksikan peningkatan sebanyak 37 peratus berbanding tahun lalu, sekali gus mencipta rekod tertinggi dalam sejarah ekspo berkenaan.

CAEXPO edisi tahun ini buat kali pertama menubuhkan ruang pameran butik ASEAN dan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP). Ini bertepatan dengan tema pameran tahun ini iaitu "Berkongsi Peluang Baharu RCEP dan Mendorong Pembinaan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) Versi 3.0".

Tahun ini ialah tahun pertama penjalinan Perkongsian Strategik Komprehensif China-ASEAN dan penguatkuasaan RCEP, selain CAFTA versi 3.0 akan dimulakan. Kerjasama China-ASEAN akan melonjak ke satu tahap lebih tinggi.

Untuk rekod, jumlah dagangan antara China dengan ASEAN mencapai RMB4.09 trilion (RM2.65 trilion) pada lapan bulan pertama tahun ini, menyaksikan peningkatan sebanyak 14 peratus dan menyumbang 15 peratus kepada total perdagangan asing China.

Setakat akhir Julai lalu, pelaburan dua hala antara China dan negara-negara ASEAN melebihi USD340 bilion, dan China dan ASEAN menjadi rakan kongsi paling aktif antara satu sama lain.

CAFTA sudah siap dibina sepenuhnya pada tahun 2010, manakala penaiktarafannya telah dilancarkan pada tahun 2019. Lebih 90 peratus item cukai menikmati bebas tarif dalam CAFTA, dan pembukaan pasaran terus ditingkatkan.

Sempena CAFTA versi 3.0 dimulakan. China dan ASEAN akan membuka peluang pertumbuhan baharu melibatkan sektor ekonomi digital, ekonomi hijau, dan infrastruktur baharu. Hubungan ekonomi antara negara anggota akan menjadi lebih erat, dan dividen zon perdagangan bebas akan dipertingkatkan lagi.

"Apabila CAFTA versi 3.0 dilancarkan, ditambah pula dengan manfaat RCEP, sama ada pengurangan tarif atau kemudahan perdagangan, ia akan mencapai tahap baharu,”kata Xu Ningning, Pengarah Eksekutif Majlis Perniagaan China-ASEAN.

Inilah sebabnya mengapa pempamer CAEXPO berkata, "Kami akan datang lagi tahun depan".

Gaya Hidup