欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Salam Xi kepada kaum Tani, Pergiatkan Pembangunan Desa

(CRI)Jumaat 23 September 2022

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Presiden China, Xi Jinping mewakili Jawatankuasa Pusat PKC menyampaikan salam tulus ikhlas kepada kaum tani dan pekerja sektor pertanian di seluruh negara, pada saat menjelang Pesta Tuaian Petani China kelima yang jatuh pada 23 September.

Xi menyatakan bahawa China telah menyaksikan peningkatan penghasilan bijirin musim panas dan padi awal musim, dan dijangka akan menyaksikan lagi tuaian bijirin yang melimpah pada tahun ini selepas mengatasi ranjau duri yang bermacam-macam.

Xi menekankan bahawa jawatankuasa PKC dan kerajaan pelbagai peringkat diharap memperincikan pelaksanaan dasar dan peraturan kerajaan pusat mengenai sektor pertanian, meningkatkan usaha bagi memastikan keselamatan bijirin terjamin, menstabilkan perkembangan pertanian, memperkukuh hasil pembasmian kemiskinan, mempergiatkan pembangunan desa ke arah yang lebih makmur dan indah. Sementara itu, kaum tani di seluruh negara diharap mengambil bahagian dengan aktif dalam usaha memperjuangkan pemodenan pertanian dan desa supaya dapat mengecapi kejayaan dan kebahagiaan dalam kehidupan kelak.

Gaya Hidup