欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Pelaburan Langsung Bukan Kewangan China Tingkat 5.8%

(CRI)Jumaat 23 September 2022

Menurut data Kementerian Perdagangan China pada Khamis, pada bulan Januari hingga Ogus lalu, pelaburan langsung bukan kewangan China ke luar negara meningkat 5.8 peratus dengan mencatat USD75.1 bilion (RM343 bilion) berbanding dengan tempoh sama tahun lalu.

Antaranya, pelaburan kepada negara yang terlibat dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) mencecah USD13.9 bilion (RM63.7 bilion), iaitu meningkat 8.2 peratus berbanding dengan tempoh sama tahun lalu.

Pada masa yang sama, jumlah urus niaga berkaitan projek kontraktor China di luar negeri mencapai USD93.1 bilion (RM425 bilion), naik satu peratus berbanding dengan tempoh sama tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, penggunaan pelaburan asing mengikut kontrak yang terlaksana di China meningkat 20.2 peratus dengan menokok USD138.4 bilion (RM632 bilion). Antaranya pelaburan Kesatuan Eropah (EU) terhadap China meningkat 123.7 peratus.

Jurucakap Kementerian Perdagangan China Shu Jueting berkata, ini memperlihatkan pelabur asing termasuk yang dari EU bersikap optimistik terhadap pasaran China dan berharap memperkasa kerjasama dan pelaburan di negara ini.

Gaya Hidup