欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Kolaborasi China-Eropah Pamer Daya Tahan dan Potensi Besar

(CRI)Khamis 13 Oktober 2022

Kerjasama China-Eropah mempamerkan daya tahan kuat dan potensi besar kerana ia berlandaskan sokongan padu dalam kalangan rakyat, kepentingan bersama meluas dan keperluan strategik yang serupa.

Jurucakap Kementerian Luar Mao Ning menyatakan, China bersedia bersinergi dengan Eropah bagi memacu kerjasama dalam pelbagai bidang hingga membolehkan rakyat kedua-dua pihak menikmati limpahan manfaat.

Beliau berkata demikian dalam sesi taklimat di Beijing pada Rabu sebagai membalas kenyataan Canselor Jerman, Olaf Scholz yang menzahirkan sokongan terhadap globalisasi dan menyifatkan ‘teori cantas hubungan’ sebagai jalan yang salah sama sekali.

Dilaporkan, Scholz semasa menghadiri Sidang Kemuncak Kejuruteraan Mekanik Berlin pada Selasa turut berkata Jerman mesti menjalankan perniagaan dengan negara-negara di serata dunia, termasuk China.

Naib Presiden Eksekutif Suruhanjaya Eropah bagi hal ehwal ekonomi, Valdis Dombrovskis pula beranggapan bahawa cantas hubungan dengan China bukanlah pilihan bagi syarikat negara-negara Kesatuan Eropah (EU), dan blok itu patut menunjukkan sikap pragmatik ketika berurusan dengan China.

Mao memuji kenyataan positif daripada pemimpin Eropah tersebut sambil mengulangi pendirian China dalam menyokong globalisasi dan membantah ‘teori cantas hubungan’.

Katanya, dalam konteks ekonomi dunia mengalami kelembapan, komitmen untuk mengekalkan keterbukaan dan kerjasama serta mempererat hubungan ekonomi dan perdagangan bukan hanya bermanfaat bagi China dan Eropah, malah kondusif kepada pemulihan ekonomi sejagat.

Gaya Hidup