欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Kekal Destinasi Pelaburan Hangat

(CRI)Ahad 16 Oktober 2022
China Kekal Destinasi Pelaburan Hangat

Jurucakap Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC), Sun Yeli petang semalam di Beijing menyatakan bahawa dasar pintu terbuka merupakan salah satu garis panduan utama bagi negara China. Tak kira apa-apa pun perubahan yang berlaku di dunia, China tidak akan mengubah keputusan dan keazamannya dalam membuka pintu kepada luar, malah akan terus meningkatkan tahap keterbukaan dengan skala yang lebih besar, bidang yang lebih luas dan secara lebih mendalam. Oleh itu, China kekal destinasi pelaburan yang hangat.

Menyentuh tentang pembentukan paradigma pembangunan baharu dan pemantauan terhadap wahana internet, Sun berkata, China sebagai negara yang memartabatkan penguatkuasaan undang-undang, komited memastikan semua modal terpelihara, baik modal milik negara mahupun milik swasta, baik modal domestik mahupun modal asing.

Menurut Sun, China bakal membentuk paradigma pembangunan baharu yang mengutamakan kitaran domestik di samping mendorong kitaran domestik-antarabangsa. Namun, ini bukan bermakna China akan menumpu kepada operasi ekonomi yang tertutup, melainkan akan berusaha memacu kesalinghubungan antara pasaran domestik dengan pasaran antarabangsa dengan lebih baik melalui penerokaan potensi permintaan domestik.

Sun berkata, China giat mengorak langkah dalam pelaksanaan dasar pintu terbuka pada beberapa tahun kebelakangan ini, misalnya mengeluarkan dan secara aktif mendorong pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), menandatangani dan melaksanakan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), sedang meningkatkan usaha untuk menganggotai sejumlah perjanjian ekonomi dan perdagangan multilateral, dan berjaya menganjurkan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) sebanyak empat edisi yang memperlihatkan sikap inisiatifnya untuk membuka pasaran domestik kepada dunia luar.

Gaya Hidup