欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

PKC Iltizam Kekalkan Usaha Memerangi Rasuah

(CRI)Rabu 19 Oktober 2022

Usaha memerangi rasuah tidak akan dihentikan, manakala sistem pencegahan dan kawalan budaya rasuah akan disempurnakan demi tercapainya kejayaan yang konsisten dan peningkatan kepantasan dalam sistem tadbir urus. Demikian dinyatakan Xiao Pei, Naib Setiausaha Suruhanjaya Pusat Parti Komunis China (PKC) untuk Pemeriksaan Disiplin yang juga Naib Pengarah Suruhanjaya Penyeliaan Negara dalam sidang akhbar yang kedua sempena Kongres Kebangsaan PKC ke-20 yang sedang berlangsung di Beijing pada Isnin.

Menurut Xiao, sejak berlangsungnya Kongres Kebangsaan ke-18 PKC hingga sekarang, pihaknya telah menjalankan siasatan terhadap 553 orang kader peringkat pertengahan. Beliau menekankan bahawa perjuangan anti rasuah tidak boleh dihentikan walau sesaat.

Langkah-langkah PKC berkenaan bersamaan dengan menunaikan janji Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping tentang 'mengheret mereka yang disabit salah ke muka pengadilan dan menjatuhkan hukuman di sisi undang-undang, tak kira sesiapa pun, atau setinggi mana pun pangkatnya. Ini sama sekali bukan cakap kosong'.

Menurut hasil tinjauan pendapat umum yang dijalankan Suruhanjaya Pusat PKC untuk Pemeriksaan Disiplin bersama Biro Statistik Negara pada tahun ini, 97.4% penduduk awam menganggap usaha PKC dalam mendisiplinkan anggota parti secara ketat amat berkesan. Kadar ini telah meningkat 22.4% berbanding tahun 2012. Manakala 99% penduduk menganggap bahawa langkah-langkah Jawatankuasa Pusat PKC berkenaan mempamerkan semangat gagah milik PKC dalam melancarkan revolusi terhadap badan dan anggotanya.

 

Gaya Hidup