欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Kampung Contoh Pembangunan Pertanian dan Pembanterasan Kemiskinan China-Afrika di Kenya

(CRI)Khamis 20 Oktober 2022

Satu plak yang tertera 'Kampung Contoh Pembangunan Pertanian dan Pembanterasan Kemiskinan China-Afrika' yang pertama di Kenya telah dipasang di kampung Matangitiza, kaunti Nakuru pada Selasa. Ia juga menjadi salah satu kampung contoh kumpulan pertama tajaan Persekutuan Inovasi untuk Pendidikan, Pertanian dan Sains & Teknologi dalam kerangka Kerjasama Selatan-Selatan yang berpandukan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Dalam tempoh pembinaan kampung tersebut pada tiga tahun akan datang, pakar dari Universiti Pertanian Nanjing China dan pakar tempatan Kenya akan bekerjasama memperkenalkan sejumlah teknologi pertanian yang canggih dan pragmatik yang sudah dipopularkan di China ke rantau Afrika Timur termasuk Kenya di mana terdapat permintaan yang besar. Ini dipercayai adalah kondusif bagi meningkatkan taraf teknologi pertanian dan menjana penghasilan serta peningkatan pendapatan kaum tani tempatan.

Dalam ucapan video untuk majlis perasmian, Naib Presiden Universiti Pertanian Nanjing, Hu Feng berharap agar kampung Matangitiza dibangunkan menjadi teladan baharu dalam kerjasama antara China dengan Afrika, dan teknologi canggih pertanian China yang diperkenalkan ke Afrika boleh membawa manfaat kepada sektor pertanian tempatan.

Naib Presiden Universiti Egerton Kenya, Richard Mulwa berharap agar pihaknya boleh memanfaatkan momentum terbabit, dan melalui penggunaan teknologi pertanian canggih yang diperkenalkan dari China mempererat perkongsian strategik antara universiti, sekaligus menggalakkan perkembangan kerjasama dan persahabatan Afrika dengan China.

Gaya Hidup