欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Perdana Menteri Pakistan Ucapkan Terima Kasih atas Bantuan China

(CRI)Jumaat 21 Oktober 2022

 

Perdana Menteri Pakistan, Muhammad Shahbaz Sharif mengucapkan terima kasih kepada kerajaan China atas penghantaran kumpulan pakar pencegahan banjir ke negara itu pada masa kritikal.

Beliau menyatakan, kerajaan dan rakyat China memberikan bantuan cemas kepada Pakistan yang dilanda banjir teruk pada tahun ini. China amat berpengalaman dalam pencegahan banjir dan kumpulan pakar dari China diharap dapat memberikan cadangan kepada Pakistan dalam penyusunan rancangan pencegahan banjir untuk jangka sederhana dan panjang.

Muhammad Shahbaz Sharif berkata demikian ketika menerima kunjungan kumpulan pakar pencegahan banjir dari China di Islamabad pada Rabu.

Duta Besar China ke Pakistan, Nong Rong yang turut hadir dalam kunjungan itu menyatakan, China akan terus menghulurkan bantuan dan sokongan kepada Pakistan dalam menangani banjir.

Ketua kumpulan pakar China, Xu Xianbiao menyatakan, sumbangan barang bantuan dan dana diikuti penghantaran kumpulan pakar dari China bukan sahaja menjadikan kerjasama kedua-dua negara dalam pengurangan bencana lebih rapat, tetapi juga tindakan mempraktikkan konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan. 

Menurut maklumat pihak berkuasa Pakistan, hujan lebat melanda negara itu sejak pertengahan Jun, mengakibatkan bencana banjir yang menjejaskan lebih 33 juta penduduk tempatan.

Pasukan pakar pencegahan banjir China tiba di Pakistan pada 11 Oktober lalu. Mereka telah meninjau ke kawasan bencana dan memberikan cadangan tentang penanganan banjir kepada pihak Pakistan.

Gaya Hidup