欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Prinsip Satu China Tidak Boleh Digoyahkan

(CRI)Rabu 26 Oktober 2022

Resolusi 2758 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak boleh dicabar, dan prinsip satu China tidak boleh digoyahkan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata demikian ketika memberi komen tentang tindakan beberapa kuasa dari Amerika Syarikat (AS) yang menyebarkan dakwaan salah yang menyebut resolusi tersebut tidak menyelesaikan masalah kedudukan Taiwan.

Beliau mengatakan bahawa pada 25 Oktober 1971, Perhimpunan Agung ke-26 PBB meluluskan resolusi 2758 dengan sokongan majoriti besar. Resolusi itu memulihkan semua hak Republik Rakyat China dan mengiktiraf wakil kerajaannya sebagai satu-satunya wakil China yang sah di PBB. Pada masa sama, resolusi tersebut juga mengusir 'wakil' pihak berkuasa Taiwan dari kerusi yang diduduki secara haram dari PBB.

Wang berkata, dalam beberapa tahun lalu, ada kuasa dari AS menyalahtafsirkan resolusi 2758, dan menyebarkan dakwaan salah yang menyebut resolusi tersebut tidak menyelesaikan kedudukan Taiwan, bahkan menggembar-gemburkan apa yang dipanggil "penglibatan Taiwan dalam sistem PBB". Tindakan itu adalah untuk mengosongkan prinsip satu-China, dan menyokong kegiatan 'kemerdekaan Taiwan' yang sudah memberi kesan negatif terhadap keamanan dan kestabilan di Selat Taiwan.

Wang menegaskan bahawa sejak 51 tahun lalu, bilangan negara yang menjalin hubungan diplomatik dengan China telah meningkat daripada lebih 60 kepada 181, berdasarkan prinsip satu China. Ini menunjukkan bahawa prinsip satu China adalah konsensus antarabangsa, dan trend ini tidak dapat dilawan. 

Gaya Hidup