欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Wang Yi, Antony Blinken Bual Melalui Telefon

(CRI)Isnin 31 Oktober 2022

Usaha membawa hubungan China-Amerika Syarikat (AS) kembali ke landasan pembangunan yang stabil bukan sahaja selaras dengan kepentingan kedua-dua negara, malah aspirasi bersama masyarakat antarabangsa.

Demikian kata Menteri Luar China, Wang Yi ketika berbual dengan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken menerusi telefon hari ini.

Wang menggesa supaya AS menghentikan amalan mengekang dan menindas China, dan jangan mencetuskan halangan baharu kepada hubungan dua hala.

"Dasar baharu AS mengenai kawalan eksport dan sekatan pelaburan menyasar China mesti dibetulkan kerana ia melanggar peraturan perdagangan bebas serta menjejaskan kepentingan China," tegas beliau.

Sementara itu, Blinken berkata dunia menanti-nantikan kerjasama antara AS dengan China.

"Kami (AS) bersedia mengekalkan komunikasi dan kerjasama dengan China pada fasa seterusnya untuk meneroka asas hubungan kedua-dua negara," ujarnya.

Wang dan Blinken turut bertukar-tukar pendapat mengenai isu global termasuk situasi Ukraine.

Wang menyeru supaya pihak-pihak terbabit kekal bertenang dan menahan diri, di samping meningkatkan usaha diplomatik untuk mengelak situasi daripada memburuk.

"Selagi ada secebis harapan, pintu rundingan tidak boleh ditutup. Andai hanya satu peratus kemungkinan, usaha seratus peratus harus dilakukan demi keamanan," kata beliau.

Gaya Hidup