欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Harap Kerjasama Strategik China-Pakistan Dipertingkat

(CRI)Selasa 01 November 2022

China menyambut baik lawatan Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif yang dijadual dimulakan hari ini, kata jurucakap Kementerian Luar Zhao Lijian.

Zhao turut menyuarakan hasrat China untuk bersama Pakistan ke arah melonjakkan kerjasama strategik bertaraf tinggi, sekali gus memastikan ikatan muhibah yang sedia terjalin terus berputik hingga membawa limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Dalam satu temu bual menjelang lawatan ke China, Shehbaz memuji pencapaian dilakar China dalam pembangunan negara, serta hubungan China-Pakistan dan pembinaan Koridor Ekonomi China-Pakistan (CPEC).

Zhao menyifatkan kenyataan Shehbaz itu memperlihatkan kekukuhan hubungan kedua-dua negara serta persahabatan sesama rakyat.

"Persahabatan kedua-dua negara kekal utuh, tak kira bagaimana situasi antarabangsa dan domestik berubah.

"China dan Pakistan sentiasa saling menyokong dalam isu-isu melibatkan kepentingan satu sama lain.

"Dua negara itu juga saling membantu dan bergotong-royong apabila menghadapi bencana alam,” ujar beliau dalam sesi taklimat di Beijing, pada Isnin.

Zhao menambah, selaku projek ikonik Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), CPEC turut membantu Pakistan memacu pertumbuhan ekonomi dan menambah baik kesejahteraan rakyat.

Gaya Hidup