欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Tambah 29 Zon Demonstrasi Inovatif, Mahu Galak Perdagangan Import

(CRI)Jumaat 04 November 2022

Kementerian Perdagangan China pada Khamis memaklumkan akan menambah sebanyak 29 zon demonstrasi inovatif bagi menggalakkan perdagangan import di seluruh negara.

Menurut kementerian itu, keputusan tersebut dibuat secara bersama oleh lapan jabatan kerajaan termasuk Kementerian Perdagangan dan Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China.

Wakil Kementerian Perdagangan China dalam sidang media tersebut memberitahu bahawa antara misi utama negara itu dalam memacu keterbukaan ke tahap lebih tinggi adalah menerusi peluasan perdagangan import dengan aktif.

Difahamkan, setakat ini, China telah mempunyai 43 zon demonstrasi yang seumpamanya dan zon demonstrasi yang baharu pula akan dibina mengikut keadaan setempat masing-masing.

“Pembinaan zon baharu akan difokuskan untuk memperhebat fungsinya dalam menggalakkan dan menginovasi perdagangan, komited kepada mengoptimumkan suasana perdagangan dan memainkan peranan menggalakkan pengimportan, berkhidmat kepada industri, merangsang penggunaan dan menyediakan contoh yang baik,” ujar wakil Kementerian Perdagangan China itu.

Beliau berkata, China mengalu-alukan pedagang dan pelabur dari pelbagai negara untuk merancakkan kerjasama substantif dengan zon demonstrasi, sinergi menggalakkan perdagangan antarabangsa yang bebas dan mudah, sekali gus berkongsi peluang keterbukaan dan pembangunan China.

Untuk rekod, China menjadi negara pengimport kedua terbesar di dunia untuk 13 tahun berturut-turut, dan menjadi pasaran eksport bagi 210 buah negara dan kawasan, termasuk pasaran eksport utama bagi 60 buah negara dan kawasan.

Pada setengah pertama tahun ini, jumlah pengimportan China mencakupi 10.6% jumlah perdagangan import dunia.

Gaya Hidup