欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China dan ASEAN Berupaya Tangani Isu Laut China Selatan dengan Baik

(CRI)Selasa 15 November 2022

Pengumuman Bersama Memperingati Ulang Tahun ke-20 Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC) memaparkan tekad dan keyakinan China dan negara-negara ASEAN untuk bersama-sama memelihara kedamaian dan kestabilan di Laut China Selatan, sekali gus membuktikan China dan ASEAN berupaya, berkeyakinan untuk menangani isu itu dengan bijak.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang akhbar di Beijing pada Isnin.

Persidangan Pemimpin China-ASEAN ke-25 meluluskan pengumuman bersama tersebut pada 11 November lalu.

Mao Ning menyatakan, pengumuman tersebut komited untuk terus melaksanakan DoC secara komprehensif, memegang kepada prinsip penyelesaian pertikaian oleh negara-negara berkepentingan langsung melalui rundingan damai, terus memperkasakan kerjasama pragmatik dalam bidang perlindungan alam sekitar maritim, penyelidikan sains maritim, keselamatan pelayaran dan pengangkutan di laut, operasi mencari dan menyelemat (SAR), membanteras jelayah rentas sempadan dan lain-lain. Ia juga bersasaran untuk memuktamadkan Kod Tatalaku (CoC) di Laut China Selatan yang bersesuaian dengan Konvensyen Undang-undang Laut Bangsa-Bangsa Bersatu.

Beliau menambah, China bersedia berganding bahu dengan negara-negara ASEAN untuk melaksanakan DoC dan mempercepat proses rundingan mengenai CoC, meningkatkan dialog dan kerjasama maritim, dan bersama-sama membina Laut China Selatan sebagai laut yang damai, muhibah dan kerjasama. 

Gaya Hidup