欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Bertemu dengan Emmanuel Macron

(CRI)Selasa 15 November 2022

Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan rakan sejawatnya dari Perancis, Emmanuel Macron di Bali, Indonesia hari ini.

Xi menegaskan bahawa dalam tempoh tiga tahun yang lalu, kedua-dua pemimpin telah mengekalkan komunikasi rapat melalui pelbagai saluran, untuk memastikan hubungan China-Perancis mengekalkan trend perkembangan positif dan kerjasama kedua-dua negara mencapai kemajuan positif.

Beliau menyatakan China, Perancis serta Kesatuan Eropah (EU) harus mengekalkan semangat bebas, terbuka dan kerjasama, menggalakkan hubungan kedua-dua pihak berkembang mantap di landasan betul untuk jangka panjang, di samping menyumbang kestabilan dan tenaga positif kepada dunia.

Xi Jinping menekankan bahawa China akan memperkasakan keterbukaan dan modenisasi ala China, dan ini sekali gus akan menawarkan peluang baharu kepada seluruh dunia, termasuk Perancis.

China dan EU telah membentuk hubungan hidup bersama dalam bidang ekonomi yang kukuh. Xi berharap pihak Perancis akan mendorong EU untuk meneruskan dasar bebas dan positif terhadap China.

Beliau menyatakan, China bersedia bekerjasama dengan Perancis untuk menyokong Indonesia sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak G20 Bali, mengukuhkan komunikasi dalam menangani perubahan iklim dan perlindungan biodiversiti, bersama-sama menjaga multilateralisme yang sebenar, menangani cabaran global termasuk keselamatan makanan dan tenaga, dan mewujudkan pembangunan mampan.

Presiden Macron mengucapkan tahniah kepada Presiden Xi Jinping atas pemilihan terus beliau sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Kongres Kebangsaan ke-20 PKC yang diadakan dengan jayanya.

Beliau berkata, mod pembangunan modenisasi ala China sangat mengagumkan. Pihak Perancis menegakkan dasar luar bebas dan menentang konfrontasi kumpulan. Perancis berharap untuk terus menjunjung semangat saling menghormati, kesaksamaan dan sama menang dengan China untuk menghadapi situasi antarabangsa semasa yang bergelora.

Pihaknya akan mempergiat pertukaran dan dialog peringkat tinggi dengan China, dan meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan, penerbangan, dan tenaga nuklear kegunaan awam. Macron mengalu-alukan perusahaan China untuk meluaskan kerjasama di Perancis.

Gaya Hidup