欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Britain Didesak Hentikan Amalan Dwistandard

(CRI)Rabu 30 November 2022

Menyentuh dakwaan Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak terhadap pelaksanaan dasar pencegahan wabak COVID-19 di China dan tindakan anggota polisnya 'memukul seorang wartawan BBC,' Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian menyatakan bahawa China lantang membantah dakwaan tersebut yang dilihat sebagai campur tangan biadab terhadap urusan dalaman China berdasarkan plot yang memutarbalikkan fakta yang sebenar.

Menurut Zhao, fakta yang sebenar ialah ketika polis Shanghai memujuk dan membubarkan sekumpulan orang termasuk seorang wartawan BBC di sebuah persimpangan jalan pada malam Ahad lalu berdasarkan undang-undang berkenaan, wartawan yang tidak diketahui identitinya tersebut menolak meninggalkan tapak kejadian.

Zhao berkata, wartawan asing mempunyai hak dan kepentingan untuk membuat liputan di China berdasarkan undang-undang, dan juga perlu mematuhi peraturan dan undang-undang tempatan. Mereka patut menunjukkan kad wartawan sebelum membuat liputan dan tidak boleh melakukan kegiatan yang tidak selaras dengan peranan wartawan.

“Apakah tujuan sebenarnya wartawan BBC itu? Melaporkan berita atau “mereka” berita? Britain dinasihati menghormati fakta yang senar dan menghentikan amalan dwistandard lagi”, tegas Zhao.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan