欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Mongolia Sanggup Tumpang “Kereta Api China yang Pesat Membangun”

(CRI)Rabu 30 November 2022

Duta Besar Mongolia ke China, Tuvshin Badral menyatakan China ialah jiran baik bagi Mongolia, dan pihaknya sanggup menumpang “kereta api China yang pesat membangun”.

Beliau berkata demikian ketika menerima wawancara wartawan dari Kumpulan Media China (CMG) sempena lawatan Presiden Mongolia, Ukhnaagiin Khurelsukh ke China baru-baru ini.

Ukhnaagiin Khurelsukh tiba di Beijing pada 27 November untuk membuat lawatan sulungnya ke negara Tembok Besar ini sejak menyandang jawatan Presiden Mongolia.

China dan Mongolia mempunyai garis sempadan darat sepanjang kira-kira 4,700 kilometer.

Sejak terjalinnya hubungan diplomatik lebih 70 tahun dahulu, kedua-dua negara yang merupakan jiran akrab turut menyaksikan perkembangan hubungan yang baik.

Presiden China, Xi Jinping ketika menyampaikan ucapan di Khural Besar iaitu parlimen Mongolia pada Ogos 2014 buat pertama kalinya mengemukakan teori “tumpang kereta api”.

Dalam ucapannya ketika itu, beliau mengalu-alukan negara-negara lain “menumpang kereta api pembangunan China”.

Laporan Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) menegaskan bahawa China mempertahankan dasar luar yang mesra, ikhlas, sama menang dan inklusif, dan berjiran baik, memperdalam kepercayaan dan rasa sama menang dengan negara-negara jiran.

Selain itu, China meningkatkan perpaduan dan kerjasama, memelihara dan mengembangkan kepentingan bersama dengan negara-negara membangun berdasarkan konsep jujur, ikhlas dan percaya kepada kebenaran dan saling untung.

Tuvshin menyatakan bahawa hubungan antara Mongolia dengan China berada pada tempoh yang paling baik dalam sejarah.

“China merupakan jiran baik yang tidak dapat digantikan, manakala perkembangan hubungan bilateral yang erat dan peningkatan kerjasama melengkapi kepentingan bersama-sama kedua-dua negara.

“Mongolia bersedia menumpang kereta api China yang bergerak pantas laju,” ujar beliau.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan