欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Pusat Penyelarasan Laluan Pelayaran Selamat Myanmar Ditubuhkan

(CRI)Rabu 30 November 2022

Pusat Penyelarasan Laluan Pelayaran Selamat Myanmar tajaan Tabung Khas Kerjasama Sungai Lancang-Mekong telah ditubuhkan di Taunggyi, Myanmar pada Selasa.

Dalam majlis penubuhan berkenaan, Kaunselor Kedutaan Besar China ke Myanmar, Zheng Zhihong berkata, China dan lima negara tebing sungai Mekong telah melancarkan tindakan bersama membanteras pemerdagangan dadah sebanyak enam kali. Sementara itu, sebanyak 123 rondaan bersama telah diadakan antara China, Laos, Myanmar dan Tailand. Pusat yang baru ditubuhkan di Maynmar itu berperanan menjamin kerjasama substantif enam negara dalam bidang penguatkuasaan undang-undang, memperkukuh kawalan anti dadah di Golden Triangle, membasmi ancaman berkaitan dadah, memelihara keamanan dan kestabilan serantau, dan mencipta persekitaran kondusif bagi pembangunan dan kemakmuran Myanmar dan serantau.

Setiausaha Bersama Jawatankuasa Pusat Anti Dadah Myanmar mengucapkan terima kasih atas sokongan China dalam usaha menubuhkan pusat terbabit, sekaligus komited melaksanakan rancangan "laluan pelayaran selamat", mengoptimumkan peranan dimainkan pusat itu, dan bertindak memudahkan kerjasama anti dadah dan berlangsungnya mesyuarat terbabit serta berkongsi maklumat di kawasan aliran sungai Mekong.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan