欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Kemaskinikan Langkah Kawalan COVID-19

(CRI)Khamis 01 Disember 2022

Naib Perdana Menteri China, Sun Chunlan pada Rabu menyatakan akan memanfaatkan kepakaran dari pelbagai aspek dalam mengemaskinikan langkah kawalan pandemik COVID-19 di negara ini.

Setelah mendengar pendapat dan cadangan kumpulan pakar untuk mengemaskinikan langkah membendung penularan wabak pada sesi libat urus anjuran Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, Sun berkata, dalam tempoh tiga tahun lalu, Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan Dewan Negara sentiasa mengutamakan kesihatan dan keselamatan nyawa rakyat.

Beliau berkata langkah pencegahan dan kawalan wabak perlu dikemaskini seiring dengan patogenisiti virus Omicron didapati semakin lemah, kadar pemvaksinan semakin meningkat dan pengalaman dalam membendung virus itu semakin bertambah.

Sun menegaskan bahawa hendaklah memperincikan tindakan pencegadan dan kawalan COVID-19 yang merangkumi pelbagai aspek seperti diagnosis, ujian, rawatan, kuarantin serta pemvaksinan yang menyasarkan segala rakyat khususnya golongan warga tua, dan menambah simpanan ubat-ubatan dan sumber perubatan.

"Langkah-langkah pencegahan dan kawalan wabak yang meliputi protokol antipandemik sebanyak sembilan edisi dan protokol 20 fasal yang dikeluarkan untuk menangani perkembangan terkini dalam penularan wabak, mencerminkan pelaksanaan strategi negara yang konsisten, fleksibel dan cekap, dan terbukti berhasil besar bukan sahaja dalam melawan wabak tetapi juga dalam memacu pembangunan sosioekonomi," kata Sun.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan