欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Beri Penghormatian Terakhir kepada Mendiang Jiang Zemin

(CRI)Selasa 06 Disember 2022

Pemimpin-pemimpin parti dan negara pergi ke Hospital Am Tentera Pembebasan Rakyat China untuk memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang bekas Presiden China, Jiang Zemin, dan mengiringi mayat mendiang ke Babaoshan untuk dibakar pagi tadi.

Yang turut hadir termasuk Xi Jinping, Li Keqiang, Li Zhanshu, Wang Yang, Li Qiang, Zhao Leji, Wang Huning, Han Zheng, Cai Qi, Ding Xuexiang, Li Xi, Wang Qishan, dan Hu Jintao.

Dari hospital ke Babaoshan, penduduk dari pelbagai kalangan juga berdiri di kedua-dua tepi jalan untuk memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang.

Ketika mendiang Jiang Zemin sakit kritikal dan selepas mendiang meninggal, pemimpin-pemimpin parti dan negara termasuk Xi Jinping, Li Keqiang, Li Zhanshu, Wang Yang, Li Qiang, Zhao Leji, Wang Huning, Han Zheng, Cai Qi, Ding Xuexiang, Li Xi, Wang Qishan, Hu Jintao dan lain-lain telah mengunjungi mendiang di hospital atau menyampaikan rasa dukacita kepada waris mendiang melalui pelbagai cara.

Mendiang meninggal dunia akibat leukemia dan kegagalan pelbagai organ di Shanghai pada pukul 12.13 tengah hari 30 November.

Berita Berkaitan