欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China, Malaysia Komited Perkasa Kerjasama

(CRI)Khamis 15 Disember 2022

Menteri Luar China, Wang Yi mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir secara maya pada Rabu.

Wang menyatakan China dan Malaysia merupakan rakan kongsi dan sahabat akrab yang melangkaui usia lebih seribu tahun.

Beliau menzahirkan hasrat China untuk mengekalkan persahabatan dan memperkasa kerjasama dengan kerajaan baharu Malaysia.

Kata beliau, dengan mengambil peluang daripada ulang tahun ke-10 jalinan perkongsian strategik komprehensif pada tahun depan dan jubli emas ikatan diplomatik pada 2024, China bersedia bersinergi dengan Malaysia ke arah membentuk komuniti berkongsi nasib sesama negara dan meningkatkan hubungan bilateral ke satu tahap baharu, di samping bersama memelihara kedamaian dan kemakmuran serantau.

Datuk Seri Dr Zambry merakamkan ucapan tahniah atas kejayaan Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC).

Menurutnya, rakyat Malaysia dan China menikmati persahabatan tradisional, sementara kedua-dua negara saling menghormati dan saling mempercayai.

Beliau turut meluahkan kesediaan kerajaan Malaysia untuk mempergiat pertukaran peringkat tinggi dengan China, memperdalam kerjasama dalam pelbagai bidang, dan memainkan peranan positif demi perkembangan hubungan dua hala serta kedamaian dan ketenteraman serantau. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan