欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Ganding Bahu Dorong Simbiosis Manusia dan Alam: Xi

(CRI)Jumaat 16 Disember 2022

(foto: Li Xueren/Xinhua)

Presiden China Xi Jinping menyampaikan ucapan melalui pautan video sempena perasmian segmen peringkat tinggi fasa kedua mesyuarat ke-15 Persidangan Pihak-Pihak (COP15) Konvensyen Diversiti Biologi (CBD) yang berlangsung di Montreal, Kanada pada Khamis.

Xi menyeru semua pihak berganding bahu mendorong simbiosis antara manusia dan alam, bersama-sama membina komuniti berkongsi nasib sesama makhluk Bumi dan dunia yang bersih dan indah.

Beliau menyarankan sinergi dibentuk untuk membina konsensus global mengenai perlindungan kepelbagaian biologi, dan menggubal ‘kerangka biodiversiti global pasca 2020’ bagi menetapkan matlamat dan pendekatan untuk usaha berkenaan.

Beliau turut menekankan perlunya mendorong proses global bagi perlindungan biodiversiti, memacu pembangunan hijau menerusi perlindungan biodiversiti, di samping memelihara order global yang adil dan munasabah bagi perlindungan biodiversiti.

Katanya, China akan terus memperkasa pembangunan tamadun ekologi dan merencanakan pembangunan berlandaskan simbiosis antara manusia dan alam.

China komited menyahut Pelan Tindakan Dekad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Pemulihan Ekosistem, di samping memperdalam pertukaran dan kerjasama antarabangsa.

China juga akan terus menghulurkan sokongan dan bantuan sedapat mungkin kepada negara membangun dalam usaha berkenaan, sekali gus menggerakkan tadbir urus biodiversiti global ke satu tahap baharu.  

Gaya Hidup

Berita Berkaitan