欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Senat AS Lulus Akta Kebenaran Pertahanan Nasional 2023

(CRI)Jumaat 16 Disember 2022

Akta Kebenaran Pertahanan Nasional (NDAA) bagi tahun fiskal 2023 diluluskan Senat Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, dengan 83 undi menyokong dan 11 undi menentang.

Akta berkenaan membabitkan belanjawan bernilai hampir AS$858 bilion (RM3.79 trilion), sekali gus mencipta rekod tertinggi.

Angka itu AS$45 bilion (RM199.04 bilion) lebih tinggi berbanding bajet yang dicadangkan Presiden Joe Biden, dan AS$80 bilion (RM353.84 bilion) lebih banyak berbanding had pemberian kuasa pada tahun fiskal sebelumnya.

Difahamkan, akta itu merangkumi usaha memperhebat kekuatan udara, pertahanan darat dan keselamatan siber, serta pemerkasaan sokongan terhadap Ukraine dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Menurut akta itu, AS akan menawarkan bantuan keselamatan tambahan sekurang-kurangnya AS$800 juta (RM3.53 bilion) kepada Ukraine pada tahun depan.  

Gaya Hidup

Berita Berkaitan