欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Kerja Ekonomi Tahun Hadapan Bernada Mantap

(CRI)Isnin 19 Disember 2022

Persidangan Kerja Ekonomi Pusat diadakan di Beijing bermula 15 hingga 16 Disember, menyaksikan pemimpin China menggariskan keutamaan kerja ekonomi pada 2023.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping menerusi ucaptamanya membuat rumusan terhadap kerja ekonomi tahun ini, menganalisis situasi ekonomi semasa dan mengatur kerja selanjutnya untuk tahun hadapan.

Menurut persidangan itu, usaha perlu terus dipergiatkan untuk melaksanakan konsep pembangunan baharu secara menyeluruh, mempercepat pembentukan paradigma pembangunan baharu dan menggerakkan pembangunan berkualiti.

Selain terus menyelaraskan pencegahan COVID-19 dengan pembangunan sosioekonomi, landskap keterbukaan akan kekal utuh dengan langkah-langkah pembaharuan dilaksanakan secara mantap, sehingga meningkatkan keyakinan pasaran.

Persidangan berkenaan menyebut, strategi memperluas permintaan domestik dan reformasi struktural sisi bekalan harus dilakukan secara bersepadu, di samping tindakan yang tegas diambil untuk memastikan pasaran pekerjaan kekal stabil dan harga barang berada pada tahap berpatutan.

Selain itu, perlunya pendekatan yang lebih cekap untuk mencegah dan mengatasi risiko utama supaya ekonomi domestik beroperasi secara mapan, dengan kualiti bertambah baik dan kuantiti meningkat dengan munasabah.

Ia dianggap permulaan baik ke arah membangunkan negara sosialis moden secara menyeluruh.

Kerja ekonomi tahun depan bernada mantap, memerlukan dasar fiskal proaktif dan dasar monetari yang berhemat, serta intensiti kawalan dasar makro dan penyelarasan pelbagai rancangan tindakan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan