欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Kawat Tahniah Xi kepada Presiden Baharu Slovenia

(CRI)Isnin 26 Disember 2022

Presiden China Xi Jinping mengutus kawat kepada Natasa Pirc Musar untuk merakamkan tahniah kepada beliau yang menyandang jawatan Presiden Republik Slovenia pada Khamis lalu.

Xi berkata, hubungan China dan Slovenia berkembang dengan stabil pada beberapa tahun lalu. Kedua-dua negara ini terus memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik, meningkatkan penyelarasan dalam pelaksanaan strategi pembangunan dan membuahkan hasil yang melimpah dalam kerjasama substantif dalam pelbagai bidang.

Xi menyatakan bahawa beliau amat mementingkan hubungan dua hala dan bersedia bersama-sama dengan Presiden Musar menyuburkan lagi persahabatan tradisional kedua-dua negara yang sedia ada, mengintensifkan pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang, mendorong hubungan China-Slovenia berkembang ke tahap lebih tinggi agar membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan