欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Laporan IAEA Cermin Kebimbangan Komuniti Global

(CRI)Khamis 05 Januari 2023

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) menyiarkan laporan penilaian ketiga pasukan petugas teknikal mengenai pengurusan air tercemar loji nuklear Fukushima Daiichi di Jepun, mutakhir ini.

Jurucakap Kementerian Luar China Mao Ning menyifatkan laporan itu sekali lagi mencerminkan kebimbangan komuniti global berhubung ketepatan data mengenai air sisa Fukushima, keberkesanan sistem pembersihan berkenaan serta ketidakpastian kesannya terhadap alam sekitar.

"Kebimbangan masyarakat antarabangsa dalam hal itu adalah wajar dan munasabah," kata beliau semasa sesi taklimat di Beijing pada Rabu.

Bagaimanapun menurutnya, laporan tersebut tidak membuat kesimpulan mengenai isu-isu utama yang diberi perhatian tinggi seperti kesahihan dan ketepatan data berkenaan, serta sama ada kaedah pengumpulan data memenuhi piawaian keselamatan.

"Apabila pasukan petugas IAEA masih mengkaji pelepasan air sisa nuklear Fukushima dan belum membuat sebarang kesimpulan, Jepun berdegil meluluskan rancangan berkenaan dan terus menggerakkan kerja-kerja persediaan bagi tujuan itu.

"Perbuatan seumpama terlalu semberono dan sangat tidak bertanggungjawab," ujar beliau. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan