欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Wanita Pertama China, Filipina Kunjungi Muzium Negara

(CRI)Khamis 05 Januari 2023

Isteri Presiden China, Peng Liyuan mengiringi isteri Presiden Filipina, Louise Araneta Marcos dalam kunjungannya ke Muzium Negara China di sini, pada 4 Januari.

Kedua-dua wanita pertama negara masing-masing itu melawat Pameran Bersama Artifak Simpanan Kota Larangan dan Muzium Negara yang bertemakan 'Hidup Secara Harmoni'.

Kunjungan mereka diserikan dengan pameran lebih 400 artifak yang mencerminkan tamadun China bersejarah lama dan nilai China yang 'menjunjung tinggi persamaan'.

Peng dan Louise juga mengimbau kembali interaksi pemimpin negara generasi tua selain turut menzahirkan kegembiraan terhadap perkembangan hubungan persahabatan bilateral kedua-dua negara.

“China mengamalkan dasar 'akrab dengan jiran dan harmoni dengan dunia', dan Filipina pula adalah negara penting pesisir Jalan Sutera Maritim.

“Diharapkan agar Beijing dan Manila akan terus menyamarakkan persahabatan tradisional dan menaiktaraf hubungan bilateral,” ujar Peng.

Louise turut menzhirkan penghargaan kepada Peng atas undangan ke muzium berkenaan, sambil turut memuji artifak simpanan yang penuh seni dan pelbagai jenis.

Beliau juga berharap untuk mempunyai pemahaman yang lebih mendalam terhadap sejarah dan kebudayaan China.

“Rakyat kedua-dua negara diharap mewarisi semangat Jalan Sutera dan terus memperhebat persahabatan yang saling mempercayai,” kata Louise.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan