欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Sedia Terus Bersinergi dengan Dunia Bendung Wabak

(CRI)Isnin 09 Januari 2023

China bersedia terus memperkasa kolaborasi dengan masyarakat antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menangani cabaran pandemik COVID-19 secara lebih efektif, serta melindungi keselamatan nyawa dan kesihatan rakyat.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar Mao Ning dalam sidang media pada Jumaat apabila diminta memperkenalkan kehadiran China dalam taklimat negara anggota WHO.

Menurut Mao, China menghantar pakar untuk menghadiri sesi taklimat berkenaan pada Khamis atas undangan WHO.

Dalam taklimat itu, para pakar memperincikan langkah respons COVID-19 yang dilaksanakan China, kerja memantau kemungkinan mutasi virus, vaksinasi serta rawatan klinikal, di samping berinteraksi dengan negara anggota lain.

Mao berkata, WHO turut memaklumkan bahawa China sedang memuat naik data penjujukan genom virus secara terus-menerus dan telah meningkatkan perkongsian maklumat berkenaan dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

"Sejak tercetusnya pandemik, pihak berkuasa China sentiasa berkongsi maklumat relevan dengan komuniti antarabangsa secara terbuka, telus dan tepat pada masanya mengikut undang-undang, dan juga mengekalkan komunikasi rapat dengan WHO," ujar beliau. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan