欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China, Jepun Ikrar Laksana Konsensus, Perkasa Kolaborasi

(CRI)Jumaat 03 Februari 2023

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-45 termeterainya Perjanjian Kedamaian dan Persahabatan China-Jepun.

Menteri Luar Qin Gang berkata China bersedia mengambil peluang ini untuk bersama Jepun meneliti semula semangat perjanjian itu dan melaksanakan kewajipan berkenaan.

Semasa berbual dengan rakan sejawatan Yoshimasa Hayashi menerusi telefon pada Khamis, Qin menyatakan China dan Jepun patut melihat satu sama lain sebagai rakan kongsi, bukannya ancaman, di samping memperkasa kerjasama dalam pelbagai bidang dan memastikan hubungan dua hala berkembang di landasan yang betul.

"Jepun diharap terus mengotakan janjinya dalam isu sejarah dan isu Taiwan, serta bertindak menghalang puak sayap kanan melakukan provokasi dalam isu Pulau Diaoyu.

"Negara itu perlu bersikap bebas dan terbuka apabila mengadakan kerjasama dengan China dalam bidang ekonomi dan teknologi," kata Qin.

Beliau turut menggesa Jepun mengambil pendekatan yang terbuka, telus, saintifik dan selamat dalam menguruskan air sisa nuklear.

Hayashi pula berkata, hubungan Jepun-China mempunyai ruang kerjasama yang luas dan potensi pembangunan yang besar.

"Jepun akan terus melaksanakan konsensus dicapai pemimpin kedua-dua negara, merancakkan kerjasama pragmatik dan memajukan hubungan bilateral ke arah konstruktif dan mantap," ujar beliau.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan