欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Legasi Olimpik Untungkan Masyarakat China: Bach

(CRI)Isnin 06 Februari 2023

Legasi Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 memberi manfaat kepada seluruh masyarakat China, kata Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Thomas Bach.

Bach menyatakan temasya itu meletakkan penanda aras baharu kepada banyak sektor antaranya teknologi hijau, gaya hidup sihat, industri sukan ais dan salji dan sebagainya.

"Legasi yang tidak ternilai harganya telah meletakkan asas untuk pembangunan masa depan,” ujar beliau semasa hadir secara maya pada majlis pelancaran aktiviti memperingati genap setahun Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Taman Shougang, Sabtu.

Atas syor IOC, bandar Beijing dan provinsi Hebei bersama menganjurkan siri aktiviti untuk meraikan ulang tahun pertama temasya berkenaan bermula Februari hingga Mac.

Sebanyak lapan acara bertema diatur termasuk pameran, karnival sukan ais dan salji, sukan awam, bazar budaya Olimpik, kem belia dan lain-lain.

Bach turut mengambil peluang ini untuk menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat China, di samping memuji pencapaian Beijing selaku tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas dan Musim Sejuk.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan