欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Seru Gencatan Senjata di Ukraine

(CRI)Selasa 07 Februari 2023

China sekali lagi menyeru pihak-pihak terbabit dalam krisis Ukraine mempertimbangkan kepentingan rakyat dan berusaha mewujudkan kedamaian dengan benar-benar, membantu pihak-pihak yang berkonflik dengan sedaya-upaya sehingga rundingan damai dapat diadakan dan gencatan senjata dapat diwujudkan dengan seawal mungkin. Seruan ini dikeluarkan Naib wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Dai Bing semalam.

Ketika berlangsungnya sesi perbahasan Majlis Keselamatan PBB (UNSC) berhubung isu kemanusiaan Ukraine, Dai berkata bahawa China menggalakkan masyarakat antarabangsa terus menyemarakkan semangat kemanusiaan untuk menambah bantuan kepada rakyat jelata yang terkesan, mempercepat kerja pembaikpulihan infrastruktur kegunaan awam dan mengurungkan pengaruh konflik terhadap kehidupan penduduk tempatan dengan sedapat mungkin.

Ketika menyebut masalah mengenai keselamatan kemudahan nuklear di wilayah Ukraine, Dai menyatakan bahawa China menyeru agar serangan meriam terhadap loji tenaga nuklear Zaporizhzhia dihentikan dengan segera supaya dapat mengelakkan konflik terbabit dari berubah menjadi kirisis nuklear.

Dai menyatakan bahawa pihak-pihak terlibat semestinya menunjukkan sikap bertanggungjawab dari segi kemanusiaan ketika menangani isu-isu mengenai keselamatan bijirin, sumber tenaga dan kawangan dalam senario global, dan bertindak memastikan pengaruh terhadap dunia luar ekoran krisis itu terkawal.

Dai menekankan bahawa China yang sentiasa menyokong kedamaian, dialog dan kemanusiaan, bersedia bersama-sama dengan masyarakat antarabangsa menyokong semua usaha yang bertujuan membantu menyelesaikan krisis Ukraine secara damai.  

Gaya Hidup

Berita Berkaitan