欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China, Iran Komited Mantapkan Perkongsian Strategik Komprehensif

(CRI)Rabu 15 Februari 2023

China komited mengembangkan kerjasama muhibah dengan Iran dan terus memajukan perkongsian strategik komprehensif, walau apa jua perubahan yang berlaku dalam situasi antarabangsa dan serantau.

Demikian ujar Presiden China, Xi Jinping ketika mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Iran, Ebrahim Raisi di Beijing pada Selasa.

China menyokong Iran memelihara kedaulatan negara, keutuhan wilayah dan maruah bangsa, serta usaha negara itu dalam melawan unilateralisme dan pembulian.

"China menentang kuasa asing mencampuri urusan dalaman Iran serta menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara itu," kata beliau.

Xi menyatakan hasrat untuk bersama Iran melaksanakan sepenuhnya pelan kerjasama komprehensif bilateral, di samping memperdalam kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pertanian, perindustrian dan infrastruktur.

Beliau juga menzahirkan penghargaan terhadap keinginan Iran untuk membaik pulih hubungan dengan negara jiran, serta menyokong negara serantau menyelesaikan percanggahan menerusi dialog dan perundingan.

"China akan terus menyertai secara konstruktif rundingan mengenai pemulihan perjanjian isu nuklear Iran," tambah Xi.

Sementara itu, Raisi menzahirkan iltizam Iran bagi memantapkan lagi perkongsian strategik komprehensif dengan China.

Menurutnya, Iran bersedia meningkatkan pertukaran pelbagai peringkat dengan China dan mempergiat kerjasama pragmatik melibatkan bidang seperti perdagangan dan infrastruktur.

Raisi turut menzahirkan sokongan kukuh terhadap Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), Inisiatif Pembangunan Global (GDI) dan Inisiatif Keselamatan Global (GSI) yang disarankan China.

"Iran bersedia memperkasa komunikasi dengan China dalam urusan serantau dan antarabangsa, selain mengekalkan sinergi di peringkat multilateral demi memelihara keadilan antarabangsa serta kedamaian dan keselamatan serantau mahupun dunia," katanya.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan