欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Krisis dalam Krisis: Sekatan AS terhadap Syria Halang Bantuan Antarabangsa

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 17 Februari 2023

Kartun oleh Ma Hongliang. (Foto diperoleh untuk People.cn. Penggunaan tanpa izin adalah dilarang.)

Pada 6 Februari waktu tempatan, gempa dahsyat menggoncangkan bahagian selatan Turki yang bersempadan dengan Syria, mengakibatkan ramai yang terbunuh atau cedera di dua negara berjiran itu. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi peringatan pada 14 Februari bahawa lebih 2.6 juta orang di kedua-dua negara memerlukan bantuan kemanusiaan.

Terjejas bertahun-tahun ekoran perang dan sekatan Amerika Syarikat (AS), penduduk Syria lama hidup dalam keadaan tidak menentu. Gempa bumi kali ini memburukkan krisis kemanusiaan di sana.

Selepas berlakunya gempa, AS tetap berkeras tidak mahu membatalkan sekatan terhadap Syria, menghalang bantuan antarabangsa daripada dibawa masuk. Pada 9 Februari, barulah AS bertindak menarik balik sebahagian sekatan secara sementara, tetapi malangnya pada masa itu, 72 jam pertama yang dianggap masa paling penting untuk mencari dan menyelamat telah berlalu.

Kombinasi bencana alam dan “kemalangan buatan manusia” menyebabkan penduduk Syria menanggung kos yang besar, merana daripada krisis dalam krisis.

Untuk sekian lama, AS melakukan campur tangan ketenteraan di Syria, mengenakan sekatan unilateral dan menjarah sumber, bagi mengekalkan hegemoninya. Inilah faktor pencetus krisis di Syria.

Selepas gempa bumi melanda, AS dan negara-negara Barat lain malah lebih mementingkan politik daripada nyawa manusia, menghalang kerja-kerja bantuan bencana.

 Baru-baru ini, Duta Besar Syria ke Rusia, Bashar Jaafari mendedahkan wajah jelik AS. Ujarnya, “bayangkan sahaja, ketika ambulans tidak ada minyak untuk mengangkut mangsa yang cedera, AS sanggup terus mencuri gas dan minyak kami lalu menghantarnya ke negara lain.”

Gaya Hidup

Berita Berkaitan