欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Delegasi AIPU Melawat Syria

(CRI)Isnin 27 Februari 2023

Delegasi Kesatuan antara Parlimen Arab (AIPU) yang terdiri daripada anggota Parlimen negara-negara Arab tiba di Damsyik, ibu negara Syria pada Sabtu lalu. Ini dilihat satu peristiwa penting dalam pemulihan hubungan antara negara Arab dengan Syria sejak Liga Arab menggantungkan keanggotaan Syria dalam blok itu pada tahun 2011.

Delegasi AIPU tersebut terdiri daripada wakil Iraq, Jordan, Libya, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Oman, Lubnan dan Palestin. Presiden Syria, Bashar al-Assad dan Speaker Dewan Rakyat Syria, Hammoudah Sabbagh masing-masing telah mengadakan pertemuan dengan delegasi itu.

Sebelum keberangkatan, Speaker Parlimen Iraq, Mohamed Al-Halbousi selaku ketua delegasi itu telah menyampaikan rasa simpati dan sokongan negara-negara Arab terhadap rakyat Syria yang mengalami bencana gempa bumi. Beliau turut menekankan negara Arab perlu mengambil tindakan bersama-sama yang melibatkan pelbagai bidang supaya menjadikan Syria kembali ke pangkuan dunia Arab dan selanjutnya memainkan peranannya dalam urusan serantau dan dunia.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan