欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Tahniah China, Cote d'Ivoire atas Ulang Tahun Ke-40 Hubungan Diplomatik

(CRI)Khamis 02 Mac 2023

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Cote d'Ivoire, Alassane Ouattara hari ini saling mengutus kawat tahniah atas ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik.

Xi berkata, China dan Cote d'Ivoire sejak sekian lama bersikap ikhlas memupuk persahabatan dan saling menyokong dalam menangani isu yang melibatkan kepentingan teras dan keprihatinan utama, sehinga menjadi teman dan rakan penting dalam pembangunan dan pembangkitan. Pada tahun lepas, kedua-dua pihak sudah mencapai persepakatan baharu bagi memperdalam kerjsama dalam pelbagai bidang.

"Saya mementingkan hubungan bilateral dengan Cote d'Ivoire dan bersedia berusaha bersama dengan Presiden Ouattara, memanfaatkan momentum ulang tahun, memperkukuh sokongan antara satu sama lain, mengintensif kerjasama pelbagai aspek, serta mendorong penaiktarafan hubungan bilateral demi kesejahteraan rakyat," kata Xi.

Ouattara berkata, di sebalik perkembangan hubungan bilateral dengan China pada taraf tinggi dalam tempoh empat dekad lalu, Cote d'Ivoire merakam ucapan terima kasih atas sokongan China dalam pembangunan infrastruktur dan sumber tenaga domestiknya. Pihaknya bersedia memperkasakan kerjasama dengan China, dan menggalakkan hubungan persahabatan antara satu sama lain mara ke era baharu yang bersimbolkan perpaduan dan bantu-membantu, pertukaran akrab serta hasilan yang melimpah.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan