欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Perkukuh Strategi dan Keupayaan Strategik Negara Bersepadu: Xi

(CRI)Khamis 09 Mac 2023
Perkukuh Strategi dan Keupayaan Strategik Negara Bersepadu: Xi

Presiden China, Xi Jinping menegaskan mustahaknya untuk memperkukuh dan memperkasakan strategi dan keupayaan strategik negara bersepadu.

Xi, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat membuat tekanan itu ketika menghadiri sesi pleno delegasi Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) dan Angkatan Polis Bersenjata Rakyat sempena sidang pertama Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-14 pada Rabu.

Beliau mengatakan, memperkukuh dan memperkasakan strategi dan keupayaan strategik negara bersepadu adalah amat signifikan dalam pembinaan negara solialis moden dalam segenap aspek, dan mendorong kebangkitan gemilang bangsa China secara komprehensif. Ia juga amat penting untuk mencapai matlamat perjuangan seratus tahun penubuhan PLA pada 2027 dan membina angkatan tentera negara ini sebagai tentera cemerlang di peringkat global.

Beliau mengatakan, pelbagai pihak berkaitan perlu menyelaraskan keadaan umum, mengetengahkan keutamaan, dan memacu kemajuan menyeluruh dengan tumpuan utama.

Selain itu, menurut Xi, pihak-pihak berkaitan perlu memperkasakan inovasi usaha sama dalam sains dan teknologi, membina, mentadbir dan menggunakan dengan baik makmal negara, menumpukan tenaga untuk meningkatkan inovasi, serta memacu kebergantungan diri dalam sains dan teknologi yang bertaraf tinggi.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan