欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Pengeksport Makanan Laut Vietnam Dapat Manfaat melalui Dagangan dengan China

Pengeksport Makanan Laut Vietnam Dapat Manfaat melalui Dagangan dengan China

Pengeksport makanan laut Vietnam memperlihatkan tanda-tanda menggalakkan untuk kembali pulih, susulan langkah China mengoptimumkan respons COVID-19, lapor Agensi Berita Vietnam, Jumaat.

Pada Februari, jumlah eksport makanan laut Vietnam ke China merekodkan peningkatan 33 peratus berbanding setahun lalu kepada 122 juta dolar AS (kira-kira 547 juta ringgit), menurut Persatuan Pengeksport dan Pengeluar Makanan Laut Vietnam (VASEP).

Tahun lepas China muncul sebagai pasaran eksport makanan laut kedua terbesar bagi Vietnam, dengan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 63 peratus. Timbalan setiausaha agung VASEP, Nguyen Hoai Nam memaklumkan bahawa angka ini jauh mendahului kadar tahunan yang direkodkan seluruh industri berkenaan iaitu 23 peratus.

Katanya, perubahan pantas strategi COVID-19 China mencerahkan prospek bagi pengeksport makanan laut Vietnam, yang menaruh harapan pada permintaan besar daripada gergasi ekonomi kedua dunia itu.

Pandemik telah mengganggu beberapa banyak rantai bekalan, mengakibatkan tergendalanya transaksi antara pengusaha Vietnam dan rakan-rakan kongsi di China, ujar Tran Thanh Nam, selaku timbalan menteri pertanian dan pembangunan desa. Beliau menambah bahawa langkah-langkah sedang diambil untuk menyambung semula rantai bekalan dan memudahkan perdagangan dua hala.

Dalam pada itu, jumlah eksport produk pertanian dan perikanan Vietnam ke China menerusi pintu sempadan antarabangsa Mong Cai telah menampakkan pertambahan kira-kira 60 peratus tahun ke tahun, kata Tran Thi Bich Ngoc. Beliau yang mengetuai lembaga pengurusan pintu sempadan tersebut, turut menggesa pengusaha tempatan agar menerima pakai teknologi pengeluaran baharu dan kaedah pengurusan yang teratur supaya produk mereka terus mencapai standard.

Skala eksport makanan laut Vietnam mencecah 1.1 bilion dolar AS (anggaran 4.9 bilion ringgit) dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, susut 26 peratus berbanding masa sama tahun lepas. Maklum VASEP, hal ini berikutan permintaan daripada pasaran-pasaran utama termasuk AS dan Eropah masih belum menunjukkan tanda-tanda pulih.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan