欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Ticket App Kereta Api China-Laos Mula Beroperasi

(CRI)Rabu 15 Mac 2023

Kereta Api China-Laos seksyen Laos hari ini melancarkan aplikasi sistem tiket mudah alih dalam talian (LCR Ticket App) yang dibangunkan oleh China Railway melalui China Academy of Railway Sciences.

Difahamkan, aplikasi ini dibangunkan berdasarkan teknologi ‘Sistem 12306 Kereta Api China’ yang canggih dan matang dan selaras dengan tata hukum di negara Laos.

Ia juga mengambil kira elemen keistimewaan kebudayaan tempatan dan keperluan pelanggan, menyediakan fungsi pendaftaran nama sebenar, pertanyaan baki tiket, pertanyaan nombor kereta api, pembayaran dalam talian, tempahan semula tiket dan maklumat-maklumat yang berkaitan dalam tiga bahasa iaitu Laos, Mandarin dan Inggeris.

Bagi penumpang, maklumat tiket perkhidmatan Kereta Api China-Laos seksyen Laos boleh didapati dan dibeli secara dalam talian pada bila-bila masa selepas mendaftar dengan nama sebenar mereka dalam sistem tiket dengan kad pengenalan Laos atau pasport yang sah negara dan wilayah lain.

Malah, sistem tersebut turut menyokong pelbagai mod pembayaran termasuk melalui VISA, UnionPay, WeChat, dan Alipay.

Untuk menukar tiket yang dibeli secara dalam talian kepada bentuk fizikal, penumpang hanya perlu membawa kad pengenalan atau pasport sebelum memasuki stesen kereta api.

Para pengembara boleh memuat turun LCR Ticket App menerusi Apple App Store atau Android App Store.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan