欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Satu Lagi Inisiatif Global, Jawab Persoalan Sezaman

(CRI)Isnin 20 Mac 2023

Selepas Inisiatif Pembangunan Global (GDI) dan Inisiatif Keselamatan Global (GSI), Presiden China Xi Jinping mengemukakan satu lagi idea iaitu Inisiatif Peradaban Global (GCI) sebagai menjawab persoalan sezaman.

Dalam Dialog Peringkat Tinggi Parti Komunis China (PKC) dengan Parti Politik Dunia pada 15 Mac, Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC menerusi inisiatif baharu itu menyarankan supaya dunia menghormati kepelbagaian tamadun, menyemarakkan nilai bersama umat manusia, mementingkan pewarisan tamadun dan inovasi serta memperkasa interaksi dan kerjasama silang budaya.

Jalan modenisasi yang ditempuh negara-negara di dunia berakar dalam pewarisan tamadun berwarna-warni.

Diajukan berlandaskan keadaan negara sendiri dan dunia, modenisasi ala China yang menyepadukan sejarah dan budaya dengan peradaban moden, merupakan jalan yang perlu dilalui China ke arah kemajuan manusia.

Xi juga menegaskan bahawa bagi mana-mana negara untuk mencapai pemodenan, ia harus mengejar pembangunan bersama melalui perpaduan dan kolaborasi dengan mengikuti prinsip sumbangan bersama, faedah dikongsi dan situasi menang-menang.

Daripada GDI dan GSI hinggalah GCI, siri inisiatif global yang dikemukakan pemimpin China sentiasa menarik perhatian masyarakat antarabangsa.

Timbalan Perdana Menteri Laos merangkap Menteri Luar, Saleumxay Kommasith menyatakan inti pati GDI merangkumi konsep pembangunan diutamakan dan berpaksikan rakyat, dan memastikan tiada mana-mana negara ketinggalan. Semuanya penting bagi merungkai masalah utama yang dihadapi manusia pada masa ini.

Mantan Presiden Slovenia Danilo Turk pula berkata, persepakatan Arab Saudi dan Iran untuk memulihkan hubungan diplomatik mencerminkan kesungguhan China menunaikan janji untuk memainkan peranan konstruktif dalam urusan antarabangsa.

Beliau melihat perkara ini sebagai menterjemahkan GSI dalam bentuk pelaksanaan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan