欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Rakyat Korea Selatan Protes 'Diplomasi Mengaibkan'

(CRI)Isnin 20 Mac 2023

Pelan pampasan pihak ketiga melibatkan mangsa warga Korea yang menjadi buruh paksa oleh Jepun mengundang bantahan meluas daripada masyarakat Korea Selatan di tengah-tengah lawatan Presiden Yoon Seok-youl ke Jepun baru-baru ini.

Pada Sabtu, lebih 600 kumpulan sivik mengadakan perhimpunan besar-besaran di pusat bandar Seoul sebagai tindakan untuk mengecam pelan berkenaan serta 'diplomasi mengaibkan' diamalkan pentadbiran Yoon terhadap Jepun.

Pemprotes menyelar pertemuan pemimpin Korea Selatan dan Jepun diadakan dengan mengorbankan hak mangsa buruh paksa semasa Perang Dunia II.

Dilaporkan, semasa bertemu Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida, Presiden Yoon Seok-Youl berkata pihaknya tidak akan mengemukakan tuntutan pampasan berhubung isu buruh paksa.

Kenyataan seumpama dicela kerana membawa penghinaan kepada mangsa buruh paksa dan rakyat Korea Selatan.

Menurut pelan berkenaan, pampasan kepada mangsa buruh paksa akan dibayar oleh konsortium milik Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan Korea Selatan, bukan firma Jepun sendiri.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan