欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Jinping Bertemu dengan PM Rusia

(CRI)Rabu 22 Mac 2023

Presiden China, Xi Jinping telah bertemu dengan Perdana Menteri Rusia, Mikhail Mishustin pagi semalam.

Xi berkata, berdepan dengan persekitaran luaran yang rumit sejak tahun lepas, China dan Rusia tetap mengekalkan trend perkembangan yang baik dalam kerjasama substantif, khususnya kerjasama bidang sumber tenaga yang semakin diperincikan, pelaksanaan projek mega yang bersifat strategik kian hari kian dimajukan dan pertukaran sosiobudaya serta pertukaran di peringkat daerah semakin rancak. Sebagai rakan dagang terbesar bagi Rusia untuk 13 tahun berturut-turut, China berharap bersama dengan Rusia menekankan jumlah dan kualiti kerjasama, menjadikan perdagangan dan pelaburan bilateral lebih mudah dan bebas, dan memelihara kestabilan rantaian industri dan pembekalan. China mementingkan penyelarasan dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan Kesatuan Ekonomi Euroasia (EEU), bersedia bersama dengan pelbagai negara anggota melaksanakan Perjanjian Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China-EEU, sekali gus memacu kerjasama serantau yang bertaraf tinggi.

Mikhail Mishustin berkata, perkembangan hubungan bilateral Rusia-China yang berada pada tahap yang tertinggi dalam sejarah kondusif bagi usaha memelihara amalan multilateralisme dan merancakkan multipolarisasi di sebalik situasi antarabangsa dewasa ini. Rusia bersedia memperhebat kerjasama dengan China dalam perdagangan pelaburan, sumber tenaga, gas asli, penggunaan tenaga atom secara damai, penerbangan angkasa lepas, inovasi sains dan teknologi, dan logistik pengangkutan rentas sempadan, di samping memperkasa interaksi berhubung usaha memastikan keselamatan rantaian industri dan pembekalan serta keselamatan bijirin.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan