欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Konsep Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan Mendapat Sambutan Hangat

(CRI)Jumaat 24 Mac 2023

Dalam tempoh sedekad lalu, konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan mendapat sambutan yang hangat di arena antarabangsa.

Wakil Tetap China di PBB, Zhang Jun ketika menerima wawancara China Media Group (CMG) semalam menyatakan bahawa konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan yang dikemukakan Presiden Xi Jinping itu merupakan satu jawapan yang bersifat pedoman bagi dunia zaman ini. Sebagai satu konsep yang termaktub dalam resolusi perhimpunan PBB, ia menekankan kerjasama bersatu padu, perlindungan keselamatan bersama serta pembangunan bersama.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, Presiden Xi telah berturut-turut mengemukakan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), Inisiatif Pembangunan Global (GDI), Inisiatif Keselamatan Global (GSI) dan Inisiatif Tamadun Global (GCI) yang dilihat berperanan membantu menghidupkan pembinaan komunti berkongsi nasib sesama insan dan menjadikan senarionya lebih lengkap. Menurut Zhang, China bukan sahaja menganjurkan konsep tersebut, malahan juga bersungguh-sungguh melaksanakannya secara aktif.

Laporan Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) menetapkan pembinaan komunti berkongsi nasib sesama insan sebagai salah satu panduan dalam memperjuangkan modenisasi ala China.

Zhang berkata, modenisasi ala China dipercapayi boleh memberi keyakinan dan tenaga kepada dunia di samping mewujudkan lebih banyak peluang. Modenisasi dunia sama sekali tidak perlu menyeragam segala pendekatan Barat. Modenisasi ala China merupakan bukti terbaik bagi pelbagai negara sedunia terutama negara-negara membangun bahawa kita boleh merintis satu jalan pembangunan yang tersendiri di tengah-tengah pelaksanaan dasar yang berdikari dan selaras dengan tata hukum negara masing-masing.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan