欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Prinsip 'Satu China', Konsensus Umum Masyarakat Antarabangsa

(CRI)Isnin 27 Mac 2023

China dan Honduras menandatangani Kenyataan Bersama Republik Rakyat China dan Republik Honduras mengenai Penubuhan Hubungan Diplomatik pada hari Ahad.

Kedua-dua kerajaan memutuskan untuk mengiktiraf dan menjalin hubungan diplomatik peringkat duta bermula tarikh penandatanganan kenyataan tersebut.

Tokoh dari pelbagai lapisan masyarakat Honduras mengalu-alukan penubuhan hubungan diplomatik dengan China. Mereka rata-rata berpendapat bahawa prinsip 'satu China' ialah norma hubungan antarabangsa yang diiktiraf umum. Mereka juga berharap dapat menjalankan kerjasama dengan China dalam pelbagai sektor.

Timbalan Speaker Kongres Honduras, Rasel Tome ketika diwawancara oleh Kumpulan Media China (CMG) menyatakan bahawa kerajaan Honduras pimpinan Presiden Castro mempunyai pendirian yang jelas, iaitu hanya satu China di dunia, kerajaan Republik Rakyat China ialah satu-satunya kerajaan sah yang mewakili seluruh China, dan Taiwan ialah wilayah yang tidak boleh dipisahkan dari China.

Oleh itu, menurut beliau, Honduras menjalinkan hubungan diplomatik dengan satu-satunya kerajaan China yang sah.

Beliau memberitahu, rakyat Honduras menanti-nantikan untuk bekerjasama dengan China dalam pelbagai sektor, kerana kebanyakan negara telah menjalin hubungan rapat dengan China.

"Honduras telah mengayunkan langkah pertama, dan kami amat berharap untuk merapatkan hubungan kedua-dua negara, serta menjalankan komunikasi dalam ekonomi, politik, kebudayaan dan lain-lain." ujar beliau.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan