欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Jangan Cetuskan Pemisahan atas Nama Demokrasi

(CRI)Khamis 30 Mac 2023

Amerika Syarikat (AS) dinasihat supaya berhenti mencampuri urusan dalaman negara lain dengan menggunakan nama "demokrasi", kata jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang akhbar pada Selasa.

Menurut laporan, jurucakap Kementerian Luar Rusia ketika memberi komen mengenai "Sidang Kemuncak Demokrasi Kedua" anjuran AS menyatakan bahawa Washington tidak layak untuk menuding jari terhadap demokrasi negara lain, dan menentang AS memonopoli definisi demokrasi.

Mao Ning, ketika diminta mengulas tentang laporan tersebut berkata, China amat bersetuju dengan kenyataan pihak Rusia tersebut.

Beliau berkata, China telah berulang kali menegaskan pendirian negara ini tentang apa yang disebut "Sidang Kemuncak Demokrasi". AS mengabaikan masalah dalamannya sendiri, menganjurkan sidang tersebut atas nama "demokrasi", secara terang-terangan melukis garis ideologi di antara negara-negara, dan mencetuskan pemisahan di dunia. Tindakan itu menginjak-injak semangat demokrasi dan membongkarkan hakikat negara itu, iaitu "demokrasi yang palsu, hegemoni yang benar".

Gaya Hidup

Berita Berkaitan