欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China, Australia Sama Untung Selesaikan Isu Perdagangan Barli

(CRI)Rabu 12 April 2023

Baru-baru ini, China dan Australia menjalankan rundingan dalam suasana kondusif tentang langkah-langkah anti lambakan dan anti subsiti ke atas barli dan turut menyaksikan tercapainya persepakatan. Ini menunjukkan semangat kerjasama kedua-dua pihak yang saling menguntungkan. Jurucakap Kementerian Perdagangan China mengulas demikian ketika menjawab pertanyaan tentang kedua-dua negara ini bersama-sama mengutus surat kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) untuk membatalkan pendakwaan mengenai pertikaian barli tersebut.

Jurucakap Kementerian Perdagangan China semalam menyatakan bahawa China dan Australia adalah anggota WTO dan rakan dagang penting antara satu sama lain. China bersedia bersama-sama dengan Australia berdasarkan semangat dialog dan kerjasama mempertimbangkan keprihatinan masing-masing dan berusaha dengan baik menyelesaikan pertikaian ekonomi dan perdagangan, termasuk dua kes yang berada pada fasa perbahasan kumpulan pakar WTO pada masa kini, demi mendorong hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala berkembang terus.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan