欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Eksperimen Sains di Shenzhou-15 Capai Hasil Cemerlang

(CRI)Rabu 12 April 2023

Pejabat Kejuruteraan Penerbangan Angkasa Bermanusia China (CMSEO) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kru angkawasan kapal angkasa Shenzhou-15 sedang sibuk dengan tugas-tugas di orbit.

Dalam tempoh 130 hari di orbit, kesemua kru menjalankan siri eksperimen sains dengan menggunakan kabinet eksperimen tanpa bekas, mikrograviti tinggi serta graviti berubah-ubah, antaranya banyak eksperimen sains yang pertama kalinya dilakukan.

Sepanjang berada di orbit, kru Shenzhou-15 buat kali pertama menggunakan mikroskop dua foton yang diselidik dan dihasilkan oleh China sendiri untuk memperoleh imej 3D kulit, sekali gus menyediakan alat baharu bagi penyeliaan dan penyelidikan kesihatan angkasawan di orbit pada masa akan datang.

Sekitar sebulan yang lalu, penyelidik di Bumi buat pertama kalinya bekerjasama dengan angkasawan Shenzhou-15 itu untuk menjalankan ujian penyalaan di orbit bagi sistem eksperimen kabinet sains pembakaran Mengtian.

Baru-baru ini, fasiliti ujian penukaran termoelektrik Stirling omboh bebas cekap ruang angkasa berjaya menjalankan ujian di orbit dan ia juga merupakan kali pertama China menjalankan ujian teknologi sedemikian.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan