欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Import Eksport China Meningkat 4.8 Peratus Suku Pertama 2023

(CRI)Khamis 13 April 2023

Jumlah import eksport perdagangan luar China menyaksikan peningkatan 4.8 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding dengan tempoh sama tahun lepas.

Data rasmi dari Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GAC) hari ini menunjukkan, jumlah import eksport China mencatat RMB9.89 trilion (RM6.33 trilion) pada suku pertama 2023, meningkat 4.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, antaranya eksport mencatat RMB5.65 trilion (RM3.6 bilion), meningkat sebanyak 8.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, manakala import menokok RMB4.24 trilion (RM2.7 bilion) dengan berkembang 0. 2 peratus.

Statistik turut menunjukkan, ASEAN berjaya mengekalkan status sebagai rakan dagang terbesar China dalam tempoh tersebut. Jumlah import dan eksport antara China dengan ASEAN mencatat RMB1.56 trilion (RM999 bilion), meningkat 16.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas yang merupakan 15.8 peratus dalam keseluruhan perdagangan luar China.

Selain itu, jumlah import dan eksport antara China dengan negara-negara terlibat dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta 14 rakan dagang Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) turut merekodkan pertumbuhan sebanyak 16.8 peratus dan 7.3 peratus.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan