欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Menteri Luar China, Jerman Pengerusikan Bersama Dialog Strategik Mengenai Diplomasi, Keselamatan

(CRI)Isnin 17 April 2023

Ahli Dewan Negara China merangkap Menteri Luar, Qin Gang dan rakan sejawatnya dari Jerman, Annalena Baerbock mempengerusikan bersama dialog strategik China-Jerman mengenai diplomasi dan keselamatan pusingan keenam di Beijing pada 14 April.

Qin menekankan bahawa China dan Jerman adalah rakan berkongsi, bukan pelawan. Kedua-dua pihak harus mengembangkan hubungan bilateral secara mandiri.

"China bersedia untuk menggalakkan pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang dengan Jerman."

"Kedua-dua pihak perlu membuat persiapan bersama-sama untuk rundingan antara kerajaan China-Jerman serta sidang peringkat tinggi mengenai mekanisme dialog pertukaran sosiobudaya, selain menghidupkan lebih daripada 70 mekanisme dialog antara kedua-dua negara," kata Qin.

Bagi menghadapi bersama-sama cabaran global, Qin mencadangkan kedua-dua negara untuk menegakkan konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan, bersama-sama mempertahankan amalan multilateralisme dan norma asas hubungan antarabangsa yang berteraskan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

"China dan Jerman mempunyai tanggungjawab dan keupayaan untuk bertindak sebagai penjaga dan penggerak globalisasi serta menolak bersama-sama tindakan mencantas hubungan dalam bidang ekonomi," kata Qin.

Baerbock pula berkata, pihaknya mengembangkan hubungan dengan China secara mandiri dan berharap untuk menyambung semula pertukaran dan dialog dua hala dalam pelbagai bidang.

"Jerman tidak bersetuju mengenai tindakan mencantas hubungan dalam bidang ekonomi, sebaliknya berharap untuk bekerjasama rapat dengan China dalam isu-isu global," kata Baerbock.

Qin Guang juga menghuraikan pendirian China dalam krisis Ukraine dengan menegaskan bahawa rundingan damai merupakan satu-satunya jalan bagi menyelesaikan isu tersebut.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan